PENGUMUMAN..

Apabila seseorang nak mencari peluang berniaga pasti dia akan memikirkan persoalan ini ... "bisnez apa yang paling ramai customer...?" atau "barang apa yang paling senang nak jual...?" dan jawapannya ialah "buatlah bisnes apa sahaja berkaitan handphone sebab semua orang pakai handphone...".

 Jadi sekiranya anda tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan  dengan perniagaan yang mudah, lumayan, modal kecil dan yang paling penting produk yang diperlukan oleh hampir semua orang ... ini ada berita baik untuk anda....

*Tawaran untuk menjadi 
pengedar simkad 'TuneTalk' melalui program 
WOW 'ToneExcel'
dan meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan!!!



----------------------------------------------------------------------------------------------

Kelayakan :
  •  Mempunyai HandPhone sendiri dan sedia bertukar ke line TuneTalk
  • Berminat untuk menambah pendapatan tanpa had 
  • Minat Berniaga 
  • Mempunyai modal rm XX shj
  • Mempunyai akaun bank yang sah. 
  •  Itu sahaja 



Pendapatan:
  • Bergantung kepada usaha anda. Rm500 - rm30,000  anda sendiri tentukan
'Teruskan membaca sekiranya anda berminat.'

     

  Ya benar kini sebuah program  yang membolehkan anda menjana pendapatan tambahan yang lumayan melalui insentif hebat telah dilancarkan oleh TuneTalk melalui program 'WOW 'ToneExcel.

Anda tidak perlu membuka kedai telefon atau mengeluarkan modal yang besar untuk menjadi pengedar SimKad prepaid TuneTalk.

Cukup sekadar menjadi pengguna Talian TuneTalk dan sedikit usaha memperkenalkan kepada kawan, Jiran dan saudara-mara. Hasilnya sangatlah lumayan kerana potensi perniagaan ini sangat besar.

'Keratan Akbar'




Sebelum saya bercerita lanjut mengenai program WOW ini ada baiknya untuk anda mengenali apa itu 'TUNETALK' dan 'TONEEXCEL' secara ringkas...

========================================================================

Apa itu 'TuneTalk'? 

           TuneTalk ialah talian telefon prepaid yang terbaru dan terhangat di Malaysia dengan liputan antarabangsa. Ianya di miliki oleh Tan Sri Tony Fernandez melalui Tune Group yang mengandungi Air Asia, Tune Hotel, Tune Money dan Tune Insurance dan dimiliki bersama oleh CELCOM.

Talian TuneTalk ini semakin hangat di pasaran dan semakin menjadi pilihan pengguna kerana faktor-faktor hebat dan lain dari yang lain seperti:
  • Kadar yang Murah - kedua terendah (sila rujuk www.tunetalk.com untuk kadar terperinci)
  • Liputan yang meluas - Dimana ada line CELCOM di situ ada line TuneTalk
  • Pengguna TuneTalk mendapat Insurans kemalangan bernilai RM100,000 
  • Setiap TopUp memberi anda mata ganjaran yang boleh ditukar dengan Tiket AirAsia.
  • Potongan harga istimewa apabila menginap di mana-mana TuneHotel.
  • Dan yang paling best pengguna TuneTalk boleh menjana pendapatan
  • Topup nya juga boleh didapati di mana-mana. Semua kedai yang menjual topup dan tempat-tempat berikut:




          *Andainya anda seorang yang amat mementingkan nilai wang anda, anda pasti bersetuju bahawa tiada syarikat telco yang lain yang dapat menandingi kelebihan yang dimiliki oleh pengguna TuneTalk 

Sila ke ruangan 'MENGAPA TUNETALK' untuk mengetahui apa bezanya talian TuneTalk dari talian telco yang lain. Anda pasti teruja.

Untuk maklumat menyeluruh mengenai 'tunetalk' sila lawati laman rasmi TuneTalk di - www.tunetalk.com

==========================================================================
Apa pula 'ToneExcel'?

       ToneExcel ialah syarikat yang dilantik oleh TuneTalk untuk merancang strategi dan menjalankan  program pemasaran poduk TuneTalk.

Ibu Pejabat (HQ) ToneExcel ialah di
B-2-8 & B-3-8,
Jln 3/149/E,Taman Seri Indah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
KL Tel-010-5000 969/ 010-5333 969

          ToneExcel telah melancarkan satu program diberi nama WOW dimana melalui program ini pengguna TuneTalk akan dapat menjana pendapatan lumayan melalui insentif yang sangat hebat yang diberikan.




*Jadi jangan terkeliru kalau anda nak membeli top up di kedai jangan pula anda meminta topup ToneExcel...takkan adanye...yang ada ialah topup 'TuneTalk'.



Untuk maklumat menyeluruh mengenai 'tunetalk' sila lawati laman web - www.toneexcel.com


======================================================================

PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN ANDA 


>>> Sebagai sumber pendapatan kedua
>>>Pendapatan PASIF ( Kerja sekali...income berkali-kali)
>>>Boleh dianggap pencen seumur Hidup
>>>Boleh diwariskan
          

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Program WOW ToneExcel

             Inilah fokus utama yang nak kita kongsikan disini. Melalui program 'WOW.ToneExcel' ini anda boleh menjadikan setiap topup prepaid telefon kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja menjadi sumber pendapatan anda. Pelik kan? Macamana tu? Ya betul... ini memang satu bisnes yang sangat-sangat hebat yang boleh anda lakukan tanpa modal yang besar dan tanpa pengalaman. Tetapi hasilnya memang lumayan dan ramai yang sedang menikmatinya tika ini.
       

             Bayangkan orang lain topup telefon tetapi kita dapat komisen...tak kira siang atau malam...bila-bila masa...tak ke pelik tu? Tetapi ini lah yang dinamakan biz dan teknologi, Segalanya mungkin...terima kasih pada bijak pandai yang membolehkan kita merasai kesan ledakan dunia telekomunikasi.

            Saya cadangkan anda luangkan masa anda menonton video di bawah;


Melalui WOW ToneExcel anda akan dapat menjana sumber pendapatan yang datang melalui dua cara iaitu
  1. FAST TRACK BONUS - Untuk setiap rakan yang mendaftar sebagai pengguna TuneTalk melalui anda, anda akan mendapat RM20. Anda akan dibayar dua kali sebulan iaitu pertengahan dan hujung bulan.  
  2. TOPUP KOMISEN - Atau dalam erti kata lain, 'setiap kali rakan-rakan anda itu topup telefon mereka, anda akan dapat komisennya. anda akan dapat komisen untuk tiga lapisan* ahli dibawah anda. Ini berlaku berterusan selagi mereka topup dan tidak berhenti menggunakan talian TuneTalk. 
         *Tiga lapisan contohnya: Anda-->Abu-->Ali-->Mamat
         * Setiap lapisan adalah infiniti (tiada had peserta)
          Syarat nya setiap bulan anda mesti topup telefon anda sendiri sekurang-kurangnya rm20. Dan jika anda mahukan perlindungan insuran kemalangan diri bernilai rm100,000 anda perlu tambah topup rm10 menjadi rm30. Tapi rasanya itu bukan masalah kerana memang semua orang topup telefon setiap bulan dan kebanyakan orang topup lebih dari itu setiap bulan kan?

          Kadar komisen untuk anda ialah:
  •       Lapisan  pertama --------> 6%
  •       Lapisan  kedua    --------> 8%
  •       Lapisan  ketiga    --------> 11%

          INGAT!!  Jangan salah faham....anda bukan jual topup kepada mereka sebab perniagaan ini bukan perniagaan jual topup. Anda cuma menjual simkad sahaja..Kalau mereka nak topup mereka boleh beli di kedai-kedai yang menjual toup.Tak kisahlah mereka nak topup dimana-mana sekalipun, yang pasti komisennya tetap automatik masuk ke akaun anda. Ini lah baru di namakan 'perniagaan bijak'. Modal dan usaha cuma sekali je, tapi income berkali-kali...bijak....bijak.

Untuk mengetahui dengan jelas mengenai komisen sila ke page 'Plan Pemasaran'


            Memang ada ahli yang menjana pendapatan hingga lebih rm50,000 sebulan hanya dari komisen top up sahaja hasil usaha mereka. Masakan tidak, orang topup tak kira siang atau malam. Makna nya siang malam duit masuk...tengah tidur pun duit masuk...Hebat kan? Bak istilah yang top orang sebut sekarang ni "Senangnya kau buat duit ye,,,". Memang berbaloi-baloi...sudah lah segala kelebihan kita dapat, siap dapat income lagi...



 =======================================================================


 BERAPA MODAL?


      Agak-agak anda, berapa modal untuk menjalankan perniagaan yang boleh memberi pulangan beribu-ribu ringgit sebulan. Soalan 'poyo'...betul tak? Budak sekolah pun boleh jawab... Mestilah modalnya pun ribuan ringgit?...Nak bukak stall burger pun makan ribu t...tak gitu?

NANTI DULU!!!
    Kali ini anda 100 %silap...Tak semestinya modal mesti beribu-ribu. Inilah kehebatan dunia teknologi sekarang ini. Terima kasih pada bijak pandai yang memerah otak mencari idea untuk orang biasa2 macam kita turut sama-sama berpeluang mendapatkan pendapatan lumayan walaupun tanpa modal besar dan otak yang genius. Kita tak payah pening-pening kepala nak fikir untuk mencipta perniagaan ini. Kita bukan pakar pun...Kita cuma perlu merebut peluang yang telah disediakan dan nikmati hasilnya. Itu sahaja!

     Sebenarnya modal yang diperlukan untuk anda melakukan perniagaan ini ialah....

      

           Jangan terkejut...memang rm80 sahaja. Tak lebih tak kurang. rm80 tu ialah modal membeli starter pack TuneTalk/ToneExcel dan jumlah tu pula termasuk topup rm30 yang ada didalamnya. Bermakna modal sebenar anda ialah rm50 sahaja. Untuk potensi pendapatan yang begitu hebat rasanya rm80 bukanlah satu halangan.
        
           Ikhlas saya katakan kalau anda rasa rm80 tu terlalu besar untuk anda keluarkan, saya cadangkan anda jangan baca blog ini dan jangan buat biznes ini. Anda teruskan sahaja buat kerja rutin anda dan gunakanlah rm80 tu untuk belanja anda seminggu (kalau boleh). Ataupun anda boleh cuba buat bisnes lain yang modalnya hanya rm80 (kalau ada). Saya doakan anda berjaya.

           Tetapi kalau anda rasa anda boleh melabur rm80 untuk biznes ni dan bersedia merebut peluang yang sangat hebat ini....anda dipersilakan teruskan membaca blog ini dan InsyaAllah anda tak akan menyesal.


          Dibawah ini ditunjukkan potensi pendapatan yang boleh anda perolehi sekiranya anda serius melakukan bisnes ini dalam setahun. Tetapi jangan salah faham, 'serius' tu bukanlah bermaksud bermati-matian. Sebenarnya bisnes ini boleh dilakukan secara santai. Terpulang kepada anda samada nak laju atau perlahan. InsyaAllah tetap berhasil.Tak perlu pening kepala...yang penting usaha dan istiqmah.


       Kalau anda perhatikan jangkaan di atas, pada bulan ke 12 pendapatan boleh mencecah rm38,000sebulan. Ini bermakna pada bulan-bulan berikutnya anda sudah ada pendapatan pasif sekitar rm38,000 sebulan walaupun tanpa menaja lagi. Agak-agak cukup tak?...Saya serahkan kepada anda untuk menjawabnye...

      Rasanya kalau dapat separuh dari itu pun dah berbaloi-baloi kan?
TEPUK DADA...TANYA POKET.....tetapi pendapatan itu hanya akan perolehi sekiranya anda mengambil peluang ini dan mula melakukannya. Jika tidak itu semua hanyalah bayangan semata-mata.

     Saya pasti orang bijak dan matang seperti anda tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif anda...Ayuh mulakan langkah anda hari ini....Ingat! Kalau tak dipecahkan ruyong mana kan dapat sagunya....


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MENGAPA ANDA PERLU SERTAI PROGRAM INI?

           Cuba anda bayangkan situasi ini.....

      
         Bukankah bagus jika ada talian yang dapat bagi anda pulangan daripada pengunaan telefon anda itu...lagi bagus kalau bila orang lain guna telefon mereka, anda juga dapat hasilnya. Nah...disinilah TuneTalk dapat membantu anda. Selain anda dapat guna telefon, anda dapat komisen lumayan, dapat point yang boleh ditebus, dapat insuran, cabutan bertuah dan macam-macam lagi.

        Pulangannya pula bukan sedikit. Tapi sangat lumayan kalau anda usahakan dengan serius. Pendapatan itu akan berterusan selagi rakan-rakan anda itu menggunakan talian tunetalk. Contohnya kalau 10tahun dia guna talian tu, 10 tahunlah anda dapat komisennya. bayangkan pula kalau ramai yang mendaftar dibawah anda. Pastilah berganda-ganda pendapatan anda....

             Mengikut statistik, pengguna TuneTalk semakin ramai. Bermakna semakin ramai orang dah beralih kepada tunetalk kerana mereka dah tahu kelebihannya. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jangan sampai nanti rakan anda pula yang promote pada anda. Itu bermakna peluang anda dah terlepas. Pastikan anda bertindaklah sebelum mereka.

              Apa yang perlu anda buat mudah sahaja, guna talian TuneTalk dan promote kepada orang lain. Itu sahaja.

                 Untuk sertai program ini sila klik  CARA SERTAI



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAGAIMANA MENJALANKAN PERNIAGAAN INI

         Perniagaan ini sangat unik kerana ia boleh dijalankan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Mungkin ramai yang risau atau tertanya-tanya, "biz ni macam MLM ke?....nak kena selalu datang meeting atau sebagainya?".....jawapannya TIDAK. Walaupun secara bersendirian anda tetap boleh melakukannya kerana perniagaan ini sangat mudah difahami dan dijalankan.

Ianya tidak seperti MLM yang perlu macam-macam syarat contohnya: pairing, maintenance tinggi, meeting, discussion, training ataupun system yg pelbagai, binary, matriks dsbginya... Konsep dalam perniagaan ini sangat simple iaitu anda guna, anda promote, orang topup....anda dapat income. Itu sahaja...mudah kan?

Tak perlu mengerah keringat habis-habisan, boleh buat santai-santai je. Anda sendiri boleh tentukan masa anda berbiznes. Dan sekiranya anda memang berkerja, anda tak perlu pun berhenti kerja.

Anda nak untung cepat anda buat cepat-cepat... anda nak untung lambat, anda buat lambat-lambat.
Namun perlu diakui sekiranya anda berkerja secara kumpulan, pendapatan anda pasti akan lagi laju...itu memang lumrah.

Sekiranya anda ingin bergerak secara individu anda jangan risau kerana apa yang perlu anda lakukan ialah:
1) Join
2) Baca dan fahami mengenai perniagaan ini
3) Mula menjalankannya

Sekiranya anda menyertai saya anda akan support tambahan iaitu anda akan saya bekalkan dengan tools iaitu sebuah buku penerangan lengkap (bukan e-book), flyers dan maklumat mengenai perniagaan ini. Anda akan dapat segala maklumat yang anda perlukan dari tools tersebut dan anda pasti boleh melakukan perniagaan ini. Tools yang sama juga boleh anda berikan kepada rakan yang berminat menjalankan perniagaan ini nanti. Tools ini bukanlah kemestian tetapi sekiranya anda rasa anda perlukannya anda boleh daptkan dari saya dengan harga rm8 sahaja. Sila tandakan ruangan berkenaan tools didalam borang tempahan simkad.

Atau sekiranya anda hanya perlukan tools sahaja tanpa simkad ( mungkin anda nk beri pada rakan2), anda boleh email saya terus di:-

mrm2r2@gmail.com

syaratnya anda perlu join di bawah saya dulu. :-)


Insyaallah, selepas anda baca dan faham buku tu, anda sudah boleh mula mengorak langkah kejayaan anda. Perniagaan ini bukanlah satu perniagaan yang complicated, ianya sangat mudah difahami walupun oleh budak sekolah. Bahkan ramai golongan kurang upaya OKU (bisu dan pekak) yang menjalankan perniagaan ini...tidakkah anda rasa tercabar?

Apa yang perlu anda ingat dan faham ialah ini bukanlah skim cepat kaya atau perniagaan duduk diam dapat duit. Ini ialah perniagaan halal yang benar.Anda perlu berusaha untuk menjual atau mempromotenya. Tetapi hasilnya insyallah benar2 berbaloi. Anda tidak akan muflis sekiranya anda gagal kerana modalnya hanya rm80...tetapi bayangkan sekiranya anda berjaya dengan pendapatan 20~30 ribu sebulan dengan bermodalkan rm80...pasti anda akan bersyukur sangat-sangat.

Mungkin dalam peringkat awal komisen yang anda akan terima sikit sahaja...mungkin puluhan ringgit atau ratusan sahaja. Tetapi selepas beberapa bulan anda pasti akan lihat hasil sebenarnya. Saya cadangkan anda buat beberapa bulan secara konsisten sekurang-kurangnya 4 orang rakan niaga sebulan. Dan pastikan rakan anda juga melakukan perkara yang sama...kemudian KEBABOOO...anda boleh rehat dan menikmati income bulananan anda. Anggap sahaja ia nya pencen anda semumur hidup...

Jadi sebelum anda berkata TIDAK pada perniagaan ini, cuba ambil masa dan renung2kan...tiada sebarang paksaan tetapi inilah peluang terbaik untuk anda rebut. Ingat pesanan orang tua-tua...Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Ayuh sertai kami dan anda berpeluang mengubah hidup anda...

'Tanyakan pada diri anda'
Jika bukan sekarang ....BILA?
Jika bukan yang ini.......YANG MANA?



*Saya cadangkan anda explore semua halaman blog ini untuk kefahaman yang lebih...


-SELAMAT MAJU JAYA-


**Ini bukanlah laman web rasmi TuneTalk/Tone excel. Ini ialah laman peribadi saya sendiri sebagai peserta dalam mempromosi program 'WOW'. HARAP MAKLUM
Terima kasih


Rujukan untuk sebarang masalah


HQ ToneExcel 
Tel: 010-5000 969 atau 010 5333 969 atau 010 772 7587 atau 03-90543809
Fax: 03-90540278
Email: info@toneexcel.com Waktu Bekerja: Isnin hingg Jumaat Jam: 9 pg - 6 ptg Alamat: B-2-8 & B-3-8, Jalan 3/149/E, Taman Sri Indah,cBangunan Endah Promenade,cBandar Baru Sri Petaling, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur. Berkenaan:
Masalah komisyen dan bonus - simkad tidak boleh digunakan - status keahlian - simkad dah expired atau belum -  kegagalan port in - lupa passord website mahu reset semula.
Mengenai web replika dari HQ.





TuneTalk Customer Care Tel: 010-500 1333 Waktu Bekerja: Isnin hingg Jumaat Jam: 9 pg - 10 mlm Berkenaan:
1. PUK number
2. kelayakkan insurance
3. Redeem point
4. Masalah teknikal tentang line





Admin 3:
Nama:  Data Entry Center 03 - 7770 9183
Email:  toneexceldotbiz2@gmail.com
Waktu menghubungi DEC: Isnin hingga Jumaat. 9 pagi - 12 malam
Waktu hantar SMS pendaftaran: Bila-bila masa sahaja.
Waktu Data Entry: Setiap hari dari jam 9 pagi - 12 malam.
Berkenaan:
1. Data Entry Support.
2. Pendaftaran lambat dapat. Jika sudah lebih 1 jam hantar SMS, tetapi masih tak dapat reply.
3. Tersalah hantar IDP, kalau masih belum key in, masih boleh dibetulkan, kena call cepat.
4.Tersalah hantar IC, kalau masih belum key in, masih boleh dibetulkan, kena call cepat.